Sunday, November 1, 2009

TSUNAMI



Apa itu Tsunami?

Istilah �tsunami' menerangkan satu siri ombak lautan yang panjang yang terbentuk selepas sejumlah isipadu air dipindahkan secara tiba-tiba. �Tsunami� adalah daripada perkataan Jepun, dan apabila disalinkan ke Inggeris, ia bermaksud �Harbor (�tsu�) wave (�nami�). Istilah ini pada mulanya digunakan oleh nelayan Jepun untuk menerangkan kemusnahkan yang dilakukan ombak besar yang mana boleh menghapuskan seluruh kawasan pengkalan kapal. Yang anehnya mereka tidak mengalami sedikit pun kesan tsunami pada bot-bot mereka di laut.

Tsunami-tsunami adalah ombak-ombak mempunyai cirri-ciri pergerakan yang pantas, kadang-kadang mempunyai ketinggian ombak yang tinggi, dan jarak ombak panjang oleh itu tsunami-tsunami adalah seharusnya ombak-ombak raksasa.

Dalam lautan dalam, tsunami-tsunami jarang dirasakan kerana mereka ditutupi oleh kebesaran / keluasan lautan yang lainnya. Walau bagaimanapun, tsunami-tsunami memang boleh menghancurkan apabila jarak jauh di bawah lautan semakin kurang apabila menuju ke darat. Kelajuan pergerakan tsunami juga merupakan suatu ciri yang hebat. Tsunami boleh bergerak disepanjang lautan dengan sangat pantas, biasanya dari 500 ke 1000 kilometer sejam, dengan tenaganya yang agak konsisten dan agak sukar kelihatan dilaut. Ini adalah sebabnya, mengapa tsunami dihasilkan dari satu kawasan dan boleh memberi kesan ke kawasan-kawasan yang beribu-ribu kilometer jauhnya.

No comments:

Post a Comment